Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel percaya dia mampu mengulangi sejarah yang pernah dilakukan oleh Kimi Raikkonen pada tahun 2007.
Pada perlumbaan edisi 2007, Raikkonen ketinggalan 17 mata di bela- kang pemandu McLaren, Lewis Hamilton ketika perlumbaan berbaki dua pusingan.
Begitupun, pemandu Ferrari itu muncul juara dengan kelebihan satu mata selepas menjuarai perlumbaan di China dan Brazil, sementara Hamilton gagal menamatkan perlumbaan di Shanghai dan sekadar menduduki tempat ketujuh di Inter- lagos.
Musim ini pula, Vettel yang menjuarai tiga perlumbaan termasuk perlumbaan terakhir di Litar Suzuka (Ahad lalu), ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu keseluru- han, Jenson Button menjelang dua perlumbaan terakhir di Interlagos dan Abu Dhabi.
Namun, pemandu Jerman itu percaya, dia mampu untuk mengikut jejak Raikkonen dengan menewaskan pendahulu keseluruhan, Jenson Button serta seorang lagi pemandu Brawn GP, Rubens Barrichello.
"Dua tahun lepas, Kimi Raikkonen mempunyai jurang yang besar dengan Hamilton ketika perlumbaan berbaki dua pusingan," kata Vettel.
"Semua orang kata kepada Lewis bahawa dia pasti menang terutama dengan memandu jentera yang pantas. Namun, akhirnya Raikkonen berjaya menewaskannya dengan hanya satu mata.
"Ini merupakan bukti bahawa apa-apa boleh berlaku dan saya harap, saya juga mampu untuk mencipta sejarah yang sama.
"Tahun lepas, saya beraksi dengan baik di Brazil dan tahun ini, kami memiliki jentera yang lebih pantas.
"Begitupun, kami masih belum dapat membuat ramalan pada perlum- baan di Abu Dhabi.
"Begitupun, saya akan tetap cuba beraksi dengan baik pada kedua-dua perlumbaan terakhir ini."
No comments:
Post a Comment