Thursday, October 8, 2009

Benitez 'tutup mulut'


Benitez

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengambil pendekatan berdiam diri selepas dia dipersalahkan oleh pemilik bersama Liverpool, George Gillett. Kelmarin, Gillett memberitahu kepada sekumpulan penyokong Liverpool bahawa segala kegagalan skuad The Reds itu bukan berpunca daripada dirinya dan rakan pemiliknya, Tom Hicks tetapi ia adalah kesalahan Benitez.
Benitez bagaimanapun enggan memberi reaksi umum berhubung kenyataan itu tetapi dikatakan kurang gembira dengan suasana persekitaran di Anfield.
"Dia (Benitez) tidak berkata apa-apa tetapi boleh dikatakan dia sesungguhnya tidak gembira dengan apa yang diperkatakan Gillett.
"Buat masa ini, dia mahu memberi tumpuan kepada pasukan," kata sumber kelab tersebut.
Pihak pengurusan tertinggi Liverpool juga terus mendiamkan diri berhubung komen Gillett itu tetapi jelas akan berdiri teguh di belakang pemilik Liverpool itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails