|
|
Menurutnya, dia agak terkejut dengan kemampuan yang dipamerkan Soderling pada set pertama tetapi berjaya menemui sentuhan pada set berikutnya dan dalam masa yang sama perlu berlari di setiap penjuru gelanggang.
"Saya perlu melakukan sesuatu pada set ketiga dan ketika itu saya lihat Soderling mula kehilangan konsentrasi," kata Davydenko yang memenangi lima daripada enam pertemuan dengan Verdasco sejak 2004.
Sementara itu, aksi dua Fernando pada saingan separuh akhir semalam menyaksikan Verdasco tidak menghadapi masalah untuk menjinakkan Fernando Gonzalez 6-4, 7-5 dalam tempoh satu jam 31 minit.
Dalam pada itu, Verdasco berkata, dia tidak memikirkan rekod pertemuan dengan Davydenko walaupun sebanyak enam kali bertemu dia hanya memenangi satu perlawanan sahaja kerana baginya apa yang perlu dilakukan ialah terus beraksi cemerlang.
Dia yang kini mencari kejuaraan kedua tahun ini selepas berjaya di New Haven berkata, aksinya menentang Gonzalez adalah yang terbaik di mana tiga mata break berjaya diselamatkan.
"Permainan saya bertambah baik dari semasa ke semasa dan berharap dapat beraksi lebih baik esok (hari ini)," katanya.
Juara bagi acara perseorangan akan menerima trofi dan hadiah wang tunai AS$$154,000 (RM536,000).
No comments:
Post a Comment