Kecederaan buku lali Cristiano Ronaldo mungkin menyebabkan dia tidak dapat beraksi membantu Portugal pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Malta, Rabu ini.
"Kemungkinan kita akan kehilangannya dalam perlawanan menentang Malta. Situasi Ronaldo kini memerlukan perhatian dan pemeriksaan terperinci. Saya telah bercakap dengan pasukan perubatan dan kemungkinannya tidak begitu menggembirakan," kata jurulatih Portugal, Carlos Queiroz .
Ronaldo cedera pada minit ke-27 ketika beraksi dengan Portugal yang memenangi perlawanan 3-0 menentang Hungary, semalam.
Ronaldo hanya sempat beraksi selama 27 minit ketika menentang Hungary
Dia yang dikatakan pulih daripada terseliuh buku lali ketika bersama Real Madrid menentang Marseille dalam Liga Juara-Juara, bulan lalu diketepikan ketika menentang Sevilla pada 3 Oktober lalu.
Ronaldo dikatakan sembuh sebelum menentang Hungary, Jumaat lalu, malah pemain yang mencatat rekod perpindahan termahal itu memberitahu wartawan yang dia telah sembuh sepenuhnya tetapi kecederaan itu akhirnya memaksanya dia keluar lebih awal dari padang.
Portugal di tangga kedua Kumpulan 1 akan terselamat daripada gagal ke Piala Dunia 2010 jika memenangi perlawanan menentang Malta dalam kelayakan terakhir, Rabu ini.
No comments:
Post a Comment