Tuesday, October 6, 2009

Real tumbang tanpa Ronaldo



Ketiadaan Cristiano Ronaldo (gambar) dalam skuad Real Madrid jelas memberi kesan kepada rentak permainan kelab Liga Sepanyol itu. Buktinya, Real yang beraksi tanpa Pemain Terbaik Dunia itu ekoran masalah kecederaan, mencatat kekalahan pertama mereka musim ini apabila tunduk 1-2 kepada Sevilla kelmarin.
Kekalahan mengejut itu sekali gus membuka peluang kepada Barcelona untuk memegang tampuk pendahulu Liga Sepanyol selepas berakhirnya enam perlawanan.
Pada aksi di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan itu, Real turut gagal meneruskan rentak kemenangan dalam lima perlawanan, sebaliknya Sevilla terus unggul dengan kemenangan kelima berturut- turut.
"Kami bermain dengan baik dan dalam prestasi terbaik ketika ini," kata penyerang Sevilla, Luis Fabiano.
"Jika kami terus bermain seperti ini, kami mampu bersaing dengan Real dan Barca dalam perebutan gelaran liga."
Jesus Navas menanduk masuk gol pertama Sevilla pada minit ke-33, namun pemain pertahanan Portugal, Pepe menyamakan kedudukan buat pasukan The Galacticos pada babak kedua.
Begitupun, pemain Brazil, Renato berjaya menanduk masuk gol kemenangan pasukan tuan rumah pada minit ke-66 hasil hantaran daripada Navas.
"Kami sedar yang kami juga akan kalah pada satu masa," kata bintang Real, Kaka.
"Kami dikalahkan oleh sebuah pasukan yang bagus dan kami perlu memperbaiki lagi beberapa perkara."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails