Michael Owen mungkin terlepas aksi bersama Manchester United sekurang-kurangnya tiga minggu selepas cedera pangkal paha ketika menang 2-1 ke atas Vfl Wolfsburg dalam Liga Juara-Juara, semalam, sekali gus akan menutup peluangnya berada dalam skuad England.
Pengurus England, Fabio Capello menonton Owen buat kali pertama musim ini di Old Trafford tetapi menyaksikan penyerang itu bertahan 20 minit sebelum kecederaan memaksanya berjalan terhincut-hincut sebelum digantikan oleh Dimitar Berbatov.
Capello akan menamakan skuadnya bagi kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine dan Belarus, Ahad ini dan biarpun Owen cergas, kemasukannya amat sukar dijangkakan.
Dalam temu bual, Owen menegaskan, dia masih bernilai untuk dipertimbangkan bagi mewakili England tetapi kecederaannya mengubah kemungkinan itu, sekurang-kurangnya buat masa ini.
"Dia terasa pangkal pahanya sakit dalam latihan, Ahad lalu dan dia berlatih agak sedikit Isnin lalu, mendapat rehat sehari selepas itu serta menyangka akan pulih
"Pangkal pahanya tetap tercedera. Kami terpaksa mengeluarkannya. Ia tidak serius tetapi kecederaan pangkal paha boleh melarat dua hingga tiga minggu," jelas pengurus, Alex Ferguson yang mendakwa dia tidak bimbang dengan kecergasan jangka panjang Owen di sebalik rekod kecederaan pemain itu yang kronik.
Sementara itu, kemenangan United tiba hasil daripada jaringan Ryan Giggs ke-150 buat kelab itu, satu sepakan bebas yang tertampan yang menyamakan gol pembukaan Edin Dezko dan satu gol kemenangan daripada Michael Carrick yang dirancang Giggs.
Mengkaji keseluruhan pemain karier sayap itu, Ferguson sendiri masih kagum dengan usaha Giggs dan ketahanannya malah mudah untuk melihat mengapa ia begitu.
"Saya fikir apa yang Ryan lakukan ketika ini hanya terus bermain. Perkara yang menakjubkan ialah dia masih remaja dalam persembahannya.
"Ia seperti jika dia baru memulakan kariernya buat kelab. Saya tidak tahu berapa banyak pujian lagi mampu anda berikannya. Dia seperti seorang pemain muda dan menikmati bola sepak. Ia menakjubkan," ujar Ferguson mengenai pemain berusia 35 tahun itu.
United yang mencatat dua kemenangan daripada dua perlawanan, akan menghadapi CSKA Moscow dari Rusia di padang tiruan mereka, dalam tiga minggu lagi
No comments:
Post a Comment