|
|
Keputusan itu juga membolehkan 'The Galacticos' mengungguli kedudukan teratas Kumpulan C.
Marseille pada awalnya seolah- olah berjaya mengekang Real sehinggalah pemain sayap antarabangsa Portugal, Ronaldo menjadi inspirasi kepada pasukan barunya itu memperoleh tiga gol dalam tempoh enam minit awal separuh masa kedua.
Ronaldo mula memecah kebuntuan pada minit ke-58. Seminit selepas itu, dia dijatuhkan dalam kotak penalti, sekali gus menyaksikan pemain pertahanan pasukan pelawat, Souleymane Diawara dikenakan perintah buang padang.
Pemain tengah Real dari Brazil, Kaka mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut bagi menghasilkan gol kedua tuan rumah.
Ronaldo terus unggul pada pertemuan semalam dengan meledakkan gol kedua dirinya di minit ke-64.
Kejayaan itu membolehkan Real mencatat semua kemenangan daripada dua perlawanan.
"Perlawanan berlangsung seimbang untuk 45 minit pertama. Namun begitu, kami jelas sekali begitu cemerlang untuk pertemuan 45 minit seterusnya," kata jurulatih Real, Manuel Pellegrini.
Jurulatih gergasi kelab Sepanyol itu bijak menggunakan sepenuhnya senjata utama sejak sepak mula apabila menyenaraikan Kaka, Ronaldo dan Benzema untuk melancarkan serangan.
No comments:
Post a Comment