Friday, October 2, 2009

Gerrard, Torres kecewakan bos Liverpool


Torres

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez meluahkan rasa kecewanya terhadap prestasi dua pemain bintangnya, Steven Gerrard dan Fernando Torres dalam kempen Liga Juara-Juara. Gandingan dua pemain tersebut diberi tugas besar mengetuai The Reds ketika kekalahan 0-2 kepada Fiorentina dalam aksi Kumpulan E, Selasa lalu.
Pada perlawanan itu, Torres dan Gerrard dikawal ketat oleh pasukan Fiorentina yang lebih tersusun di atas padang.
Pertahanan Fiorentina, Alessandro Gambe- rini dan Dario Dainelli serta perancang, Cristiano Zanetti menjadi inspirasi kepada kejayaan kelab Itali itu ke atas Liverpool.
"Fiorentina menjalankan tugas dengan baik (mengawal ketat Torres dan Gerrard). Amat kecewa melihat mereka dikekang rapat di atas padang. Pertahanan Fiorentina berusaha keras untuk menghalang mereka dengan baik.
"Tetapi semuanya bukan mengenai dua pemain ini. Tiada seorang pun dalam pasu- kan ini yang menyumbang sesuatu.
"Kadangkala apabila pertahanan terlalu beri perhatian pada Gerrard atau Torres, ia memberi peluang kepada pemain lain dalam pasukan ini menggunakan ruang tersebut."
Sementara itu, tonggak pertahanan Liverpool, Fabio Aurelio mendedahkan, Benitez gagal mengawal kemarahannya ketika The Reds tewas di Fiorentina.
Aurelio yang pernah dibimbing oleh pengurus dari Sepanyol itu ketika di Valencia mendedahkan bagaimana Benitez melepaskan kemarahannya ketika masa rehat pasu- kan itu.
"Itulah apa yang kita semua tidak mahu lihat pada seorang pengurus pasukan tetapi itulah yang terjadi kepada kami," kata Aurelio, 30.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails