Dimitar Berbatov mengakui, dia gagal dalam musim pertamanya bersama Manchester United.
"Pada musim pertama, saya kecewa dengan diri sendiri. Saya perlu katakan begitu kerana tekanan cukup besar.
"Bagaimanapun, saya banyak membantu menghasilkan jaringan tetapi mereka (penyokong) mahu saya menjaringkan banyak gol," kata Berbatov.
Berbatov berkata, segalanya menjadi lebih buruk musim lalu sejak kritikan terhadapnya bermula sehingga menyebabkan dia tidak lena tidur.
"Kadang-kadang saya tak tahu apa salah saya. Mungkin tiada nasib atau mungkin diri saya sendiri. Bila malam saya tidak dapat tidur dan memikirkan saya perlu lakukan sesuatu," jelasnya.
Bekas penyerang Bayer Leverkusen itu turut mendedahkan dirinya sukar untuk mengawal rasa gemuruhnya.
"Memang rasa gemuruh saya cukup teruk dan itu sebenarnya tanggungja- wab saya sendiri untuk mengatasinya," kata Berbatov yang menjaringkan 16 gol sepanjang 53 penampilan bersama United sejak berhijrah daripada Tottenham Hotspur awal musim lalu.
|
|
Kini selepas dua bulan dalam musim keduanya bersama United, Berbatov masih gagal menambah hati semua penyokong The Red Devils.
Ini kerana ada daripada mereka me- nganggap Berbatov seorang penyerang yang bijak dan ada yang menyifatkan- nya penyerang yang malas.
"Saya mahu bersikap jujur. Kritikan tersebut menjejaskan saya tetapi biarlah, ia tidak dibuat secara negatif.
"Ini cara saya bermain. Saya tidak banyak berlari ada sebabnya tetapi saya sentiasa pantas menghidu peluang dan sentiasa bersedia," jelasnya.
Berbatov menjaringkan gol keduanya musim ini selepas membantu United menewaskan Stoke City 2-0 pada aksi Liga Perdana England minggu lalu.
Awal pagi esok, United bakal menanti kunjungan Sunderland di Old Trafford dengan matlamat memburu tiga mata penuh bagi memastikan mereka terus kekal di tangga teratas liga.
No comments:
Post a Comment