Friday, December 4, 2009

Villeneuve sertai Lotus F1 Racing?


Villeneuve

Promoter Grand Prix (GP) Kanada kini berusaha membantu bekas juara dunia, Jacques Villeneuve untuk kembali beraksi dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim depan. Villeneuve tidak lagi mewakili mana-mana pasukan F1 sejak digugurkan daripada BMW Sauber pada 2006.
Kini, nama pemandu kelahiran Kanada berusia 38 tahun itu dikaitkan dengan pendatang baru F1 dari Malaysia, Lotus F1 Racing.
Francois Dumontier, pemilik syarikat Kumpulan Octane Racing yang juga promoter baru GP Kanada mengakui, pihaknya kini berusaha keras untuk membawa Villeneuve bersaing dalam perlumbaan F1.
"Saya tidak boleh menafikan jika Jacques kembali beraksi dalam F1, ia akan membantu menaikkan nama GP Kanada. Semua rakyat Kanada sayangkan Jacques.
"Kami lihat dia cukup popular apabila bersaing dalam perlumbaan NASCAR. Saya akan menjadi peminat utama jika Jacques menyertai pasukan Lotus.
"Jika kami boleh membantunya, kami sedia melakukan apa sahaja," kata Dumontier.
Sebelum ini, Villeneuve yang juga bekas juara dunia F1 musim 1997 dilihat mula menjalani program lati- han fizikal di Austria sebagai persediaan untuk kembali ke perlumbaan F1.
Menurut laman web RueFrontenac.com, Villeneuve kini dibimbing oleh Erwin Gollner, doktor yang cukup terkenal di kalangan pemandu-pemandu F1 untuk membina kekuatan fizikal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails