Tuesday, December 1, 2009

Chelsea akan julang gelaran'


DROGBA menjaringkan dua gol ketika Chelsea membenam Arsenal 3-0 kelmarin.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti percaya anak-anak buahnya mampu memenangi gelaran Liga Perdana England selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Arsenal kelmarin. Namun, Ancelotti memberitahu bahawa ia akan terlaksana jika anak-anak buahnya itu mampu mengekalkan momentum dan tidak terlalu memandang mudah keupayaan lawan.
The Blues kembali melebarkan kelebihan lima mata di persada liga berikutan kejayaan di Stadium Emirates itu hasil dua jaringan Didier Drogba dan gol sendiri Thomas Vermaelen.
Lawan Chelsea selepas ini ialah Manchester City di Eastlands dan Ancelotti menasihatkan anak-anak buahnya supaya mengekalkan tumpuan mereka sekiranya mahu terus kekal sebagai pendahulu liga.
"Amat penting bagi saya supaya Chelsea terus bermain seperti apa yang kami lakukan (menentang Arsenal) dengan kesungguhan dan penuh konsentrasi," kata pengurus berusia 50 tahun itu.
"Kami memulakan musim ini dengan keyakinan yang kami mampu memenangi gelaran ini. Kami sedar kemampuan kami.
"Kami boleh memenangi setiap perlawanan tetapi jika kami tiada kesungguhan dan konsentrasi, kami juga boleh kalah dalam setiap perlawanan.
"Kami perlu mengekalkan usaha keras kami ini. Ketika saya tiba di kelab ini, saya percaya Chelsea mampu memenangi sesuatu.
"Kami memiliki kualiti yang cukup hebat dan apabila kami menggunakannya, kami sebenarnya mampu.
"Saya rasa pasukan ini mempunyai banyak kualiti dari segi teknikal, mental dan fizikal."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails