Friday, December 4, 2009

England harus dihormati - Gerrard

http://www1.pictures.gi.zimbio.com/England+v+Ukraine+FIFA2010+World+Cup+Qualifier+-D51ABWvqr9l.jpg

"Jangan pandang rendah keupayaan kami."
Demikian amaran yang dilontarkan Steven Gerrard kepada barisan pencabar England yang akan beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Kapten Liverpool itu memberitahu, semua pasukan termasuk Brazil dan Sepanyol seharusnya bimbang dengan keupayaan skuad kebangsaan England bimbingan Fabio Capello.
"Adalah menjadi satu kelebihan buat kami untuk diundi sebagai pasukan pilihan. Saya tidak rasa kami patut takut kepada sesiapa sahaja," kata Gerrard.
"Kami pastinya menghormati sesiapa sahaja yang akan menentang kami tetapi bagi saya, sudah tiba masanya pasukan lain mula bimbang tentang kami.
"Kami akan turun ke sana dengan penuh keyakinan, kami adalah satu pasukan yang bagus. Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari tetapi dengan cara kami bermain, kami mampu menyaingi semua pasukan lain."
Gerrard menambah: "Saya rasa prestasi England telah banyak meningkat sejak di bawah Capello kerana saya akan beraksi di sana tanpa rasa takut.
"Dia membuatkan pasukan ini beraksi tanpa rasa takut, tanpa bebanan yang tinggi di bahu kami.
"Brazil dan Sepanyol telah menewaskan kami tahun ini tetapi itu adalah perlawanan persahabatan. Pada Piala Dunia lagi saya yakin kami mampu mengubah keputusan pertemuan itu nanti."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails