Friday, December 11, 2009

Manchester City Kehilangan Bellamy Dan Weiss Angkara Selsema Burung.



Manchester City kini berhadapan dengan masalah serius selsema burung yang dikhuatiri akan menjangkit ke seluruh pemain pasukan itu.

Penyerang Craig Bellamy sudahpun menjalani diagnosis kerana disyaki dihinggapi selsema burung. Kini, Vladimir Weiss, yang dibawa masuk selaku pemain gantian sebelum menjaringkan gol ketika menentang Arsenal dalam saingan Piala Carling minggu lalu, telah dihantar pulang selepas disahkan menghidapi H1N1.

Beberapa kakitangan kelab itu turut menunjukkan symptom yang sama manakala beberapa pemain pula dilaporkan berada dalam keadaan kurang selesa.

Penolong pengurus, Mark Bowen berkata, “Ada sedikit masalah dalam kem kami. Setiap hari ada pemain-pemain datang dalam keadaan selsema, batuk dan kesejukan tetapi kami ada doktor yang memantau kesihatan pemain-pemain itu.”

Bellamy bakal terlepas aksi penting menentang Bolton Wanderers esok dan pengurus City, Mark Hughes berharap yang beliau tidak akan kehilangan lagi pemain berprofil tinggi dalam skuadnya.

Wayne Bridge sudahpun terkeluar dari skuad itu untuk tempoh empat hingga enam minggu selepas mengalami kecederaan ketika menentang Chelsea. Hughes mempunyai pilihan sama ada menggunakan khidmat Joleon Lescott di barisan pertahanan dan menggandingkan Kolo Toure dengan Nedum Onuoha, atau menurunkan pemain veteran Brazil, Sylvinho untuk membuat penampilan pertama dalam saingan EPL sejak berpindah dari Barcelona musim panas lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails