Wednesday, December 30, 2009

Beckham Perlu Cergas Jika Mahu Ke Piala Dunia

http://static.guim.co.uk/sys-images/Football/Clubs/Club%20Home/2009/1/25/1232911768744/David-Beckham-of-Milan-001.jpg

Pengurus England, Fabio Capello menegaskan yang beliau akan menyenaraikan David Beckham dalam skuad yang akan bermain di pusingan akhir Piala Dunia tahun depan sekiranya pemain itu berada pada tahap kecergasan tinggi, kenyataan yang merujuk kontrak pinjaman pemain itu buat kali kedua bersama AC Milan.

Beckham kembali ke Milan sehingga akhir musim ini dalam usahanya merebut tempat dalam skuad England sambil menambah penampilannya bersama skuad England yang kini mencecah 115 caps, satu rekod buat mana-mana pemain England.

Capello mengakui andainya pemain tengah LA Galaxy itu dapat mempamerkan aksi sebagaimana yang ditunjukkannya ketika bersama Milan musim lalu, sudah pasti tempatnya ke Afrika Selatan akan terjamin.

“Sudah tentu, jika dia bermain baik dan cergas sudah tentu saya akan menyerapkannya dalam skuad saya,” kata Capello. “Saya tidak melihat pada usia, saya lebih menitik beratkan kualiti dan David memilikinya. Dia seorang yang serius, seorang profesional yang hebat dan seorang yang gilakan Piala Dunia.”

Adalah sesuatu yang mengejutkan apabila Beckham mengambil keputusan untuk bermain secara pinjaman di Milan sehingga bulan Mac. Bagaimanapun, prestasi memberangsangkan bekas ketua pasukan England itu membuatkan kontraknya dilanjutkan sehingga akhir musim dan Capello yakin yang Beckham akan sekali lagi menyinar dalam saingan Serie A.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails