Sunday, December 27, 2009

David Villa Bakal Ke Saingan EPL?




David Villa kini kembali hangat dilaporkan untuk berpindah ke saingan Liga Perdana England dengan kelab Manchester United, Liverpool, Chelsea dan Manchester City dikaitkan dengan pemain itu.

Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini begitu kuat diberitakan akan meninggalkan Mestalla pada musim panas lalu di mana dia turut menjadi buruan kelab Real Madrid dan Barcelona.

Villa dikatakan lebih gemar untuk berpindah ke Barca atau Madrid tetapi tiada sebarang persetujuan dicapai dengan kelab itu manakala Chelsea mungkin pilihan yang hampir tetapi bintang Sepanyol itu lebih suka kekal di bermain di tanah airnya ketika itu.

Bagaimanapun, Valencia sekali lagi dipercayai sudah bersedia untuk melepaskan pemain itu kerana mereka amat memerlukan dana untuk melangsaikan hutang sebanyak 620 juta pound dan pemain itu memberi isyarat yang dia gembira jika dapat berpindah ke England.

“Mudah saja, saya menolak untuk berpindah pada musim lalu kerana keadaan pada masa itu tidak membenarkan saya meninggalkan tanah air saya. Isteri saya sedang mengandung ketika itu dan bukanlah masa yang sesuai untuk meninggalkannya,” kata Villa.

“Saya begitu sukakan Liga Perdana England. Ia merupakan liga yang selalu saya ikuti selain La Liga dan saya mempunyai ramai rakan yang bermain di sana,” tambah Villa.

“Mungkin beberapa tahun dahulu, pemain-pemain Sepanyol agak sukar meninggalkan La Liga untuk bermain di liga lain tetapi keadaan sudah berubah sekarang. Terdapat ramai pemain yang bagus terutama dari Sepanyol yang bermain dengan kelab EPL dan juga liga-liga lain.”

Namun, Villa bersedia untuk bermain dengan Valencia sehingga tamat musim ini dan menyerahkan kepada kelab itu untuk membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails