Saturday, December 5, 2009

United tampil barisan terkuat


GIBSON menampilkan aksi cemerlang ketika menentang Spurs, Selasa lalu.

Alex Ferguson bakal menurunkan semula barisan terkuatnya apabila Manchester United bertandang ke West Ham malam ini. Ia bagi memastikan skuad The Red Devils itu terus kekal mengekori rapat pendahulu Liga Perdana England, Chelsea.
Ferguson telah membariskan pemain muda ketika United menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 pada suku akhir Piala Liga, Selasa lalu.
Namun, pada pertemuan menentang West Ham, Ferguson pasti akan menurunkan barisan utamanya.
Anderson atau Michael Carrick mungkin tercicir seandainya Ferguson mahu menurunkan Darren Gibson malam ini untuk bersama-sama Wayne Rooney, Ryan Giggs, Darren Fletcher dan Paul Scholes.
Selasa lalu, Gibson muncul wira United apabila meledak kedua-dua gol buat pasukannya.
Bagi kapten United, Gary Neville, dia yakin aksi mantap barisan muda United ketika menewaskan Spurs membuktikan mereka memiliki satu lagi generasi emas yang bakal membarisi kesebelasan utama United.
"Saya tidak menganggap mereka pemain muda. Mereka semua beraksi dengan skuad kebangsaan masing- masing dan mereka telah membukti- kan pemilihan mereka tepat.
"Sukar sebenarnya untuk melangkah jauh dalam Piala Liga tetapi kami sekali lagi mencecah saingan separuh akhir dan akan mencuba untuk melakukan lebih baik musim ini," kata Neville.
Sementara itu, West Ham yang bermula hambar musim ini berjaya mengeluarkan diri dari zon penyingki- ran setelah memenang dua daripada empat aksi terakhir.

Anak-anak buah Gianfranco Zola itu juga memiliki pemain-pemain muda yang hebat dan ia meyakinkan pemain senior West Ham, Zavon Hines agar mereka tidak gentar dengan reputasi pemain yang dimiliki United.
"Saya memandang positif pertemuan ini dan tidak kira siapa lawan kita. Apabila bertemu Arsenal, kami berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-2 dan kami kini bersedia menentang sesiapa saja.
"Setiap kali beraksi, saya berasa gembira kerana bermain untuk West Ham sesuatu yang besar buat saya dan setiap kali turun, saya dapat lebih keyakinan," kata Hines.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails