Thursday, December 31, 2009

Ronaldo bengang


RONALDO tidak berpuas hati dengan tindakan penyokong Real yang tidak menunjukkan sokongan penuh apabila kelab gergasi Sepanyol itu beraksi hambar.


Cristiano Ronaldo menyelar peminat Real Madrid kerana tidak menunjukkan sokongan penuh apabila kelab gergasi Sepanyol itu beraksi hambar.
"Kami tahu bahawa tugas kami ialah melaksanakan tugas dengan baik tetapi kadang kala ia agak mustahil," kata Ronaldo yang menyertai Real dari United dengan rekod perpindahan dunia tahun ini.
"Kami sentiasa cuba (yang terbaik) tetapi kalau pada ketika itu pasukan ini tidak bermain dengan baik, peminat langsung tidak memberi kami lebih sokongan.
"Sebagai contoh, peminat Manchester United berjaya menjejaskan tumpuan Liverpool atau Manchester City di atas padang. Saya rasa peminat kami patut cuba melakukan seperti itu kerana ia memberi kelebihan dan semangat kepada pemain."
Ronaldo kembali beraksi pada hujung November lalu selepas dua bulan berehat ekoran kecederaan buku lali dan dia memberitahu kecergasannya semakin meningkat setiap masa.
Malah, bintang Portugal itu berhajat merampas semula gelaran Pemain Terbaik Dunia FIFA yang terlepas ke tangan penyerang Barcelona, Lionel Messi tahun ini.
"Saya memiliki impian untuk menjadi pemain terhebat dunia," kata Ronaldo.
"Dengan izin Tuhan, saya telah berjaya memenangi trofi pemain terbaik dunia tetapi saya harap dapat memenanginya sekali lagi, tidak kira tahun ini atau selepas ini. Apa yang pasti saya akan memenanginya sekali lagi."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails