Friday, January 1, 2010

Rooney mahu lakukan lebih banyak jaringan

http://www.oleole.com/media/main/images/member_photos/group1/subgrp251/pl200910manchesterun_289315.jpg
 Aksi Wayne Rooney kettka bertemu Birmingham City Ogos lalu.


Penyerang Manchester United, Wayne Rooney percaya dia bakal mengatasi jaringan terbaik keseluruhan semusim selepas memberi inspirasi kepada skuad kendalian Sir Alex Ferguson untuk membenam Wigan 5-0.
Pada perlawanan itu, Rooney berjaya memberikan mata lebih buat United dan kini kelab itu di posisi selesa dalam Liga Perdana England apabila hampir dua mata dengan pendahulu liga, Chelsea.
Rooney berjaya memecah kebuntuan tuan rumah dengan kesudahan yang menarik iaitu rekod jaringan ke-15 baginya musim ini dan bintang England itu percaya dia boleh mengulangi keseluruhan musim 2006 dan 2007 apabila dia berjaya menghasilkan 23 jaringan buat United.
"Saya berharap begitu. Jika saya tidak menjaringkan lapan gol di antara sekarang dan akhir musim, pasti ada sesuatu yang tak kena.
"Kami berada dalam perlawanan dengan mengetahui yang kami ada tujuh lagi gol di belakang Chelsea dan kami mahu mendekatkan jarak itu. Jadi menjaringkan lima gol sudah mendekatkan kami dan kami senang melakukannya.
"Lima gol menentang mana-mana pasukan adalah suatu perkara yang jarang berlaku ketika ini, oleh itu kami sangat gembira," katanya
United yang diketuai Rooney dilihat terlalu mudah menjinakkan pelawat dan sebelum separuh masa berlalu, mereka telah mengikat, 3-0 selepas Wigan dilihat kecewa dengan pertahanan mereka yang terdesak.
Selepas jaringan pembukaan oleh Rooney, ia disusuli gol daripada Michael Carrick, empat minit kemudian dan jelas sekali, dalam perlawanan itu, hanya ada satu sahaja juara.
Namun terdapat persoalan kepada Wigan yang dilihat mengaku kalah lebih awal dan pada gol separuh masa pertama oleh Rafael Da Silva, jelas menyatakan pasukan itu sudah dimalukan.
Ini ditambah lagi dengan jaringan oleh Dimitar Berbatov dan bekas pemain Wigan, Antonio Valencia, yang membuatkan Ferguson bertambah seronok.
Jurulatih berketurunan Scotland itu begitu memuji Rooney yang dikatakan pemain terbaik di padang, yang telah menghuru-harakan barisan pertahanan Wigan dan memberi kelebihan untuk penyerang United.
"Saya setuju mengatakan, 45 minit pertama adalah yang terbaik musim ini. Gerakan daripada kita begitu hebat dan kami turut mencipta banyak peluang.
"Kami juga bersetuju bahawa Wayne berjaya bermain dengan menakjubkan. Ahad lalu, kami menentang Hull City dan sekarang di sini, Wayne begitu hebat.
"Tenaga yang ditunjukkan, keinginan untuk menang adalah mengagumkan. Begitu juga, seluruh pemain yang bermain baik.
"Saya juga rasa, separuh musim ini adalah tentang kepentingan pengalaman dan kami berjaya melakukannya.
"Kami mendapat skuad terbaik dan tenaga yang hebat. Mari berharap yang kita mampu melakukannya," kata Ferguson.
Bagi pengurus Wigan, Martinez, dia terpaksa menahan kekecewaan terhadap pemain-pemainnya kerana melakukan persembahan yang tidak dapat diterima.
"Anda datang ke tempat seperti Old Trafford, cukuplah dengan bermain dengan baik.
"Anda harus menjadi sempurna dengan apa yang dilakukan. Harus benar-benar kukuh dan anda harus mengawal bola dan pantas.
"Kami lakukan itu dengan cara lain. Mereka bermain seolah-olah secara individu, kami pula tidak kelihatan seperti pasukan dan jika anda mahu menjatuhkan kami, kamu akan kena seteruk-teruknya. Terlalu banyak kali ia terjadi musim ini dan ia tidak boleh diterima. Kami harus memperbetulkan keadaan," kata Martinez.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails