Sunday, January 10, 2010

Kuku ibu jari Ribery terpaksa dicabut: Van Gaal

Pemain perancang yang dilanda kecederaan, Franck Ribery bakal terlepas saingan Bundesliga yang kembali bersambung minggu depan akibat jangkitan bakteria yang menyebabkan kuku ibu jari kakinya terpaksa dicabut, menurut jurulatihnya, Louis van Gaal.

“Ia amat mengecewakan dia tidak dapat berlatih bersama pasukan,” kata Van Gaal dalam laman web kelab (www.fcbayern.t-home.de) ketika rehat pertengahan musim di Dubai.

“Minggu ini amat penting untuk kerjasama pasukan tetapi nampaknya dia terpaksa diturunkan ketika saingan semakin sengit. Selepas ini, ia cukup berat buat Ribery, buat saya dan juga pemain lain.” Van Gaal berkata Ribery terpaksa berlatih dengan hanya memakai stokin pada Jumaat tetapi tidak bersama ahli pasukan lain.
Dia tidak akan diturunkan menentang Hoffenheim Jumaat depan ketika Bundesliga memulakan baki saingan musim ini. Ribery sebelum ini sudah berehat tiga bulan selepas mengalami kecederaan ligamen lutut. Jangkitan di ibu jari kakinya pula timbul ketika latihan terakhir pasukan di Munich sebelum berangkat ke Timur Tengah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails