Friday, January 1, 2010

Chelsea terima tekanan hebat United, Arsenal

- Manchester United semakin menghampiri pendahulu liga, Chelsea dengan hanya dua mata lagi setelah menumbangkan Wigan, 5-1, sementara Arsenal pula turut sama mengejar kedudukan setelah membelasah Portmouth, 4-1, kelmarin.
Liga Perdana England terakhir dekad ini itu menyaksikan United dan Arsenal, dua pasukan yang dilihat mencapai pelbagai kejayaan sejak sepuluh tahun itu, disebut-sebut antara pasukan yang akan mengecapi kejayaan lagi.
Juara bertahan United kini berada di kedudukan kedua adalah pasukan yang terlampau hebat buat Wigan dan jaringan gol di Old Trafford telah memberikan kelebihan yang besar.
Wayne Rooney membuka jaringan pada minit ke-28 selepas memanfaatkan tendangan silang Rafael da Silva untuk gol ke tujuh dalam tujuh perlawanannya.
Malah pada minit ke-32, maruah Wigan berkecai apabila Micheal Carrick pula memberikan jaringan gol, hasil sepakan silang Antonio Valencia.
Pemain pertahanan Brazil, Rafael turut menambah gol ketika separuh masa apabila dia merobek pertahanan pasukan pelawat yang lemah.
Dimitar Berbatov pula membuat penyudah yang meyakinkan pada minit ke-50 sebelum pemain tengah Wigan, Valencia menjaringkan gol kelima pada minit ke-75.
"Kita mampu melakukan lebih lagi tetapi saya tetap gembira dengan lima jaringan dan perkara utama adalah persembahan yang baik.
"Kunci utama kita adalah mendapat kembali barisan pertahanan. Penyertaan Nemanja Vidic dan Wes Brown memberikan kita perbezaan yang menakjubkan kepada pasukan, keseimbangan dan kawalan kita.
"Jika kesemua daripada mereka kembali, anda akan melihat permainan yang lebih baik," kata Ferguson.
Arsenal yang kini berada di tangga ketiga pula semakin membara untuk menjadi pasukan kedua terbaik setelah menewaskan Portsmouth bagi kemenangan kelima daripada enam perlawanan liga.
Pasukan Arsene Wenger itu berada di belakang Chelsea dengan 11 mata di belakang bulan lalu tetapi kini, mereka menghampiri dengan empat mata berbaki satu perlawanan. Ini semua kerana jaringan Eduardo, Samir Nasri, Aaron Ramsey dan Alex Song di Fratton Park.
"Semua orang menasihati kami supaya mendapatkan penyerang tetapi kami tetap menjaringkan gol dan kami percaya, permainan berpasukan menyebabkan kami menjaringkan gol.
"Ia adalah perlawanan yang begitu sengit tetapi kami semua kelihatan seperti pasukan yang telah bersedia.
"Kami sedang menuju ke arah itu, komitmen dan bakat juga telah ada. Kami akan bersaing dan pasukan ini telah bersedia untuk segala-galanya," kata Wenger kepada Sky Sport.
The Gunners yang hadir tanpa kapten pasukan, Cesc Fabregas telah membenam Portsmouth yang kekal di tangga bawah dan hanya ada empat mata menyelamatkan pasukan itu ke tahun baru.
Ada khabar angin menyatakan Jabatan Kastam dan Percukaian Diraja telah mengeluarkan perintah yang boleh membuatkan Portsmouth berdepan kebankrapan dan itu menyebabkan pasukan sukar membuat persediaan dan keadaan itu dianggap sukar buat pengurus, Avram Grant.
Pada perlawanan itu, Eduardo mendapat peluang sepakan percuma dan membuat jaringan pada minit ke-28 yang melepasi penjaga gol, Asmir Begovic dan Hermann Hreidarsson yang berada berhampiran.
Minit ke-42 pula Nasri meletakkan Arsenal sebagai pasukan yang mendominasi apabila pemain tengah Perancis itu mendapat bola daripada Ramsey dan melepasi Begovic untuk jaringan pertama sejak Mac lalu.
Ramsey turut mendapatkan kelebihan pada minit ke-69 dan membuat jaringan dari sudut penalti dengan tendangan kencang.
Portsmouth turut mendapat peluang pada minit ke-74 apabila Nadir Belhadj berjaya memberikan jaringan namun kekecewaan berterusan apabila Song menjaringkan gol keempat pada minit ke-81, hasil tendangan silang Nasri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails