Saturday, January 16, 2010

Manchester United miliki tonik terbaik

 http://www.topnews.in/sports/files/Alex-Ferguson35.jpg

Pengurus Alex Ferguson menganggap 'kehangatan matahari' ketika menjalani latihan di Asia Barat baru-baru ini akan menyema- rakkan semula kehebatan Manchester United dalam perebutan gelaran Liga Perdana England.
Misi United untuk mengejar pendahulu liga, Chelsea terbantut seketika apabila mereka mengalami dua kekalahan dan satu seri dalam enam aksi terakhir.
Cuaca sejuk yang melanda Eropah khususnya di Britain, memaksa United menjalani latihan di Qatar selama empat hari menjelang pertemuan dengan Burnley di Old Trafford malam ini.
The Red Devils pulang ke Britain semalam dan Ferguson menjelaskan bahawa sesi latihan dalam cuaca panas telah menjadi tonik terbaik bagi para pemainnya mengharungi pusingan kedua saingan liga musim ini.
"Dengan keadaan cuaca yang sangat bagus ketika ini di Qatar, ia satu peluang terbaik untuk mencuba kemudahan di sana," kata Ferguson.
"Kami telah menjalani sesi latihan yang hebat di sana yang mana mungkin tidak dapat dilakukan dengan keadaan cuaca di Britain ketika ini.
"Ia adalah suatu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan dan kompleks sukan mereka tidak diragui lagi adalah yang terbaik pernah saya lihat.
"Bukan itu saja, segala operasi di sana juga diuruskan dengan baik dan ia menjadi- kan lawatan kami di sana berjalan lancar dan tenang."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails