Friday, January 15, 2010

Campbell mahu ikut jejak Maldini


CAMPBELL kembali membarisi skuad Arsenal sehingga

hujung musim ini.


Sol Campbell percaya dia mampu mengikut jejak Paolo Maldini dengan beraksi dalam arena bola sepak sehingga usia 40 tahun.
Campbell, 35, menerima kontrak selama enam bulan bersama Arsenal sehingga hujung musim ini dan dia berharap akan terus kekal di Emirates.
Campbell mahu membukti- kan yang dia masih mampu beraksi pada peringkat tertinggi dan menjadikan Maldini sebagai inspirasinya kerana pertahanan AC Milan itu terus bermain sebelum bersara pada usia 41 tahun.
"Impian saya ialah untuk terus di sini selepas hujung musim, siapa tahu? Usaha keras ialah untuk berada di sini tetapi usaha sebenar bermula sekarang.
"Jika Arsenal terus melatih saya seperti ini, maka saya rasa saya mampu memberi sumbangan sehingga dua, tiga tahun lagi.
"Pemain seperti Franco Baresi dan Paolo Maldini adalah sumber inspirasi saya. Jika kamu pandai jaga diri dan ada keazaman, bagi saya itulah perkara yang penting.
"David James bermain buat England sehingga usia 40 tahun dan dia juga satu inspirasi bagi saya. Tetapi paling penting saya harus menghadapinya satu langkah demi satu langkah."
Campbell bersetuju dengan kontrak enam bulan bersama Arsenal dengan pendapatan sekitar £40,000 (RM217,668) seminggu.
Dia turut menolak tawaran daripada Hull City dan Newcastle United sebelum menyertai kelab lamanya itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails