Friday, December 25, 2009

Guardiola pengganti Ferguson?

http://www.independent.co.uk/multimedia/archive/00085/josep-guardiola_85083t.jpg

KONTRAK Guardiola bersama Barcelona akan tamat hujung musim ini.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola kini dikaitkan untuk mengambil alih tempat pengurus Manchester United, Alex Ferguson.
Kontrak Guardiola akan tamat hujung musim ini, sekali gus menimbulkan spekulasi tentang masa depannya bersama kelab Catalan itu.
Terdapat khabar angin di Sepanyol yang mengatakan bahawa Guardiola mungkin meninggalkan Nou Camp seawal April tahun depan untuk bekerja bersama Ferguson di Old Trafford sebelum dia mengambilalih tugas sepenuhnya apabila Ferguson bersara.
Khabar angin itu mungkin satu usaha Guardiola untuk menyambung kontrak baru di Barca tetapi difahamkan bahawa jurulatih berusia 38 tahun itu memiliki cita-cita tinggi untuk menguruskan kelab di England dan amat meminati kelab Chelsea.
Dia juga dikatakan mengagumi kuasa yang dimiliki pengurus seperti Ferguson ke atas semua perkara berhubung kelab tersebut dalam Liga Perdana England.
Sebaliknya, di Sepanyol, Guardiola perlu bekerjasama dengan sekretariat teknikal Barca; diketuai oleh Txiki Begiristain yang bertanggungjawab ke atas pembelian pemain dan strategi pasukan.
Presiden Barcelona, Joan Laporta berhasrat untuk mengikat Guardiola dengan kontrak baru sebelum dia terpaksa meletak jawatan pada musim panas depan.
Kontrak selama dua tahun telah pun disarankan, namun mungkin ada syarat lain dalam kontrak yang membenarkan bekas perancang Sepanyol itu meninggalkan Nou Camp jika tidak berpuas hati dengan pengganti Laporta nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails