Monday, December 7, 2009

Akhirnya Aquilani dapat peluang beraksi

http://images.icnetwork.co.uk/upl/liverpoolecho/aug2009/1/8/image-2-for-gallery-new-liverpool-fc-signing-alberto-aquilani-is-introduced-by-liverpool-fc-manager-rafael-benitez-159851200.jpg

Rafael Benitez memberi petunjuk yang jelas bahawa dia akan memberi peluang kepada pemain tengah, Alberto Aquilani yang telah menunggu lama untuk beraksi dalam kesebelasan utama minggu depan selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Blackburn kelmarin.
Pemain antarabangsa Itali, yang dibeli pada harga 20 juta pound (RM112 juta) dari kelab Roma memulakan musim mengecewakan di Anfield kerana masalah kecederaan.
Aquilani sering kali memanaskan bangku simpanan dan dalam perlawanan yang memerlukan seorang pemain yang berkualiti di Ewood Park perkara yang sama sekali lagi berlaku ke atasnya.
Benitez mengakui pemain tengah itu akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah menentang Fiorentina di Anfield Rabu ini, perlawanan terakhir buat Liverpool dalam kejohanan yang menyaksikan mereka sudah tersingkir musim ini.
Pengurus Liverpool itu juga yakin penyerang Sepanyol, Fernando Torres, yang tidak beraksi dalam perlawanan kelima kerana masih lagi bergelut dengan kecederaan pangkal paha, juga boleh beraksi menentang Fiorentina.
"Saya berharap Torres mampu beraksi dan mungkin Aquilani akan diturunkan dalam kesebelasan utama.
"Saya tidak terfikir untuk menurunkan Aquilani menentang Blackburn.
"Bagaimanapun ini adalah perlawanan yang sukar dan keras sudah tentunya tidak sesuai untuk Aquilani.
"Dia masih lagi belum mampu menyesuaikan diri dan kurang cergas. Bagaimanapun dia semakin hampir untuk cergas sepenuhnya dan ia agak berbeza jika dia turun di Anfield di hadapan penyokong sendiri. Sudah tentu akan lebih mudah buatnya," kata Benitez.
Benitez mengakui pasukannya kehilangan mata berharga walaupun mereka berjaya mencatat keputusan seri menentang Blackburn
Keputusan seri tidak akan meyakinkan pengkritik kelab tersebut untuk melihat Liverpool menyerlah musim ini dan kekal berada di antara empat kelab terbaik.
"Kami mempunyai peluang dan anda seharusnya menggunakan peluang tersebut," kata Benitez, yang menolak untuk mengkritik peluang menjaringkan gol yang dimiliki David Ngog.
Sementara itu Sam Allardyce berkata, dia gembira usaha yang ditunjukkan pasukannya di laman sendiri.
Ia merupakan perlawanan pertama pengurus Blackburn itu selepas menjalani pembedahan kecil di bahagian jantungnya, memaksanya terlepas empat perlawanan sebelum ini.
Allardyce menolak arahan doktornya supaya berada di kawasan bilik pemerhati di bahagian atas stadium untuk mengelak tekanan di bangku simpanan.
"Saya sepatutnya gembira dengan pungutan satu mata tetapi kami mampu untuk melakukan lebih dari itu.
"Mungkin kami akan mencatat kemenangan pada hari berikutnya.
"Selepas kami melalui perlawanan selama 120 minit menentang Chelsea pada pertengahan minggu (ketika mereka mengalahkan pendahulu Liga Perdana England menerusi sepakan penalti untuk mara ke separuh akhir Piala Liga) ia memberi pulangan yang baik buat kami," kata Allardyce.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails