Saturday, December 12, 2009

Chelsea perlu bangkit


JOE COLE harapkan kebangkitan rakan-rakan sepasukannya pada pertemuan menentang Everton malam ini.

Tiada krisis melanda Chelsea sejak kehadiran Carlo Ancelotti awal musim ini. Namun, apa yang berlaku sejak dua minggu kebelakangan ini perlu diatasi segera bermula dengan aksi bertemu Everton malam ini.
Selepas menang 3-0 ke atas Arsenal, Chelsea mula mempamerkan aksi hambar apabila tewas 1-2 kepada Manchester City Sabtu lalu dan sekadar seri 2-2 dengan APOEL Nicosia, Selasa lalu.
Chelsea kini hanya dibezakan dua mata dengan pasukan di tangga kedua, Manchester United.
Bagi pemain tengah Chelsea, Joe Cole, dia melihat pertemuan dengan Everton malam ini sebagai satu perlawanan yang penting untuk pasukannya itu.
"Kami perlu bangkit kembali minggu ini dan mendapatkan semula rentak kemenangan. Harap kami dapat melakukannya ketika berdepan Everton.
"Lima perlawanan selepas ini cukup penting kerana kami mahu terus kekal di tangga teratas sehingga Januari depan," kata Cole.



Chelsea bakal turun tanpa pemain tengah, Michael Essien setelah pemain Ghana itu mengalami kecederaan hamstring ketika bertemu Nicosia dan terpaksa berehat empat minggu.
Everton pula bertandang ke London dengan penuh bersemangat selepas mereka mempamerkan aksi dramatik ketika mengikat Tottenham 2-2 minggu lalu setelah ketinggalan dua gol.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails