Sir Alex Ferguson mengalu-alukan ketibaan pengurus baru Manchester City, Roberto Mancini ke pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi pantas memberi bayangan dia tidak akan kekal lama di Eastlands.
Di sebalik keyakinan pengendali berbangsa Itali itu dapat memenangi gelaran liga musim depan, pengurus United itu beranggapan pemilik kelab dari Arab itu akan mengambil dan memecat pengurus mengikut selera mereka dalam tahun yang bakal menyusul.
Apabila diberitahu Mancini adalah pengurus ke-14 City dalam tempoh dua setengah dekad, Ferguson berkata secara sinis: “14? Itu sahaja? Saya tidak sabar menunggu yang ke-20.
“Ini satu perjudian, bukan begitu. Hanya masa akan menentukan. Ia bukan liga yang mudah.”
Ferguson adalah antara yang mempertahankan pemecatan Mark Hughes selepas 18 bulan bersama City dan kurang gemar cara bekas anak didiknya itu dipecat selepas kemenangan ke atas Sunderland.
“Ini sesuatu yang saya tidak gemar berbincang kerana jelas gelagat seperti ini tidak dapat diterima. Tidak kisah anda kalah 20 perlawanan atau pun dua perlawanan dan ini adalah kes dengan Mark. Beginikah cara untuk melayani seseorang.”
“Saya berasa ramai yang terkejut. Saya berbual dengan Mark Isnin lalu dan dia jelas kecewa. Dia sengsara saya dapat melihatnya selain daripada kejutan itu.”
Confirmed: Our Player of the Match at Everton
11 hours ago
No comments:
Post a Comment