Thursday, December 17, 2009

Barcelona Buat Perhitungan Dengan Estudiantes Di Final.




Lionel Messi dan Pedro Rodriguez berkongsi aksi cemerlang pada ketika Barcelona bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan Atlante 3-1 dan melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Kelab Dunia sekaligus mengekalkan mereka di landasan untuk memahat kejuaraan keenam mereka bagi tahun 2009.

Messi bergelut dengan kecederaan buku lali ketika perlawanan itu dan hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-53 namun segera membuat impak dengan menjaringkan gol seminit kemudian untuk membolehkan Barca mendahului 2-1.


Dua belas minit kemudian, Pedro mencatat rekod sebagai penjaring apabila dia menjaringkan gol ketiga Barca, menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol di enam kejohanan berbeza dalam satu musim di mana dia turut menjaringkan gol dalam Liga Primera Sepanyol, Liga Juara Eropah, Copa del Rey, Piala Super Sepanyol dan Piala Super Eropah.

Barca menang kesemua lima kejohanan itu dan mereka kini berada di landasan terbaik untuk menambah koleksi kejayaan mereka dengan merangkul pula kejuaraan kelab dunia ini setelah menewaskan Atlante.

Kelab Mexico itu membuat kejutan awal apabila mereka mendahului ketika perlawanan hanya bermula empat minit menerusi Guillermo Rojas tetapi Serio Busquets menyamakan kedudukan buat Barca pada minit ke-35 dan tambahan dua gol pada babak kedua menerusi Messi dan Pedro untuk membolehkan barisan bimbingan Pep Guardiola melangkah ke final untuk bertemu dengan Estudientes hari Sabtu nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails