Gol sepakan voli menakjubkan dari Zlatan Ibrahimovic pada awal babak kedua sudah cukup memberikan Barcelona kemenangan berharga 1-0 ke atas seteru utamanya, Real Madrid dalam pertembungan yang dikenali sebagai ‘El-Clasico’ di Nou Camp semalam dan melonjakkan semula juara bertahan itu ke puncak La Liga semula.
Ibrahimovic menggantikan Thierry Henry sebaik bermula babak kedua dan meletakkan Barca di depan hanya selepas berada lima minit di padang selepas dia menyudahkan hantaran lintang Dani Alves.
Barcelona kemudiannya terpaksa bermain dengan sepuluh pemain ketika permainan masih berbaki setengah jam apabila Sergio Busquets dilayangkan kad kuning kedua.
Bagaimanapun, Real Madrid, yang terlepas peluang awal mendahului lawan menerusi percubaan Cristiano Ronaldo yang tepat ke dakapan Victor Valdes walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol Barca itu, gagal mengambil kesempatan di atas kekurangan Barca itu.
Ronaldo dibawa keluar 25 minit sebelum tamat perlawanan dan tugas benteng pertahanan menjadi semakin mudah dan dua minit sebelum wisel penamat ditiup, Lionel Messi membazirkan peluang untuk menggandakan kedudukan apabila dia gagal menewaskan Iker Casillas ketika pertembungan satu lawan satu.
No comments:
Post a Comment