Pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand tidak akan beraksi dalam perlawanan akhir Piala Liga menentang Aston Villa, Ahad ini, berikutan kecederaan belakangnya.
Kecederaan Ferdinand turut menghentikan aksinya ketika United menang 3-0 ke atas West Ham dalam saingan liga di Old Trafford, kelmarin dan pengurus Sir Alex Ferguson mengesahkan kapten England itu tidak mampu kembali cergas menjelang perlawanan hujung minggu ini di Stadium Wembley

“Dia terasa belakang badannya dicucuk-cucuk pagi ini (Selasa) ketika kami memanaskan badan di Carrington. Kami tidak boleh mengambil sebarang risiko. Dia tidak akan bermain Ahad ini,” kata Ferguson kepada Sky Sports News.

Kecederaan Ferdinand itu turut membangkitkan keraguan terhadap kemampuannya beraksi dalam perlawanan persahabatan England menentang Mesir di Wembley pada 3 Mac ini, yang juga kemunculan antarabangsa pertama selepas menggantikan John Terry sebagai kapten England.
Ferguson juga akan kehilangan aksi Anderson menjelang pertembungan dengan Villa selepas pemain tengah Brazil itu terhincut-hincut akibat kecederaan serius pada lututnya ketika United menang ke atas West Ham.
No comments:
Post a Comment