Valencia membenam Real Madrid 3-0, kelmarin untuk menghapuskan saki baki harapan pasukan itu buat menghalang Barcelona daripada merangkul mahkota gelaran Liga Sepanyol, musim ini.
Kekalahan 2-6 Real di tangan Barcelona, hujung musim lalu, masih ketara kesannya ketika Valencia berjaya menyumbat dua gol dalam tempoh tiga minit di babak pertama menerusi Juan Mata dan David Silva, sebelum Ruben Baraja menambah gol ketiga cantik selepas rehat.
Real kekal di tangga kedua dengan 78 mata ketika aksi berbaki tiga perlawanan - tujuh mata mengekori Barcelona yang masih ada empat perlawanan untuk diharungi musim ini.
Dalam perlawanan awal kelmarin, Sevilla - di tempat ketiga, meraih kemenangan 3-1 di tempat sendiri mengatasi Real Mallorca hasil aksi memukau Luis Fabiano.
Ia mengangkat mereka dengan 63 mata, memiliki kelebihan empat mata daripada Valencia dalam perebutan untuk tempat ke pusingan kelayakan Liga Juara-juara Eropah.
Penjaga gol Real, Iker Casillas, menjelmakan aksi menyelamat hebat pada awal permainan di Stadium Mestalla ketika barisannya diasak, tetapi dia akhirnya ditewaskan pada minit ke-29 apabila trio penggempur Valencia - Silva, Mata dan David Villa - berkombinasi untuk menghasilkan gol pertama.
Mata menyempurnakan umpanan Villa untuk gol pembukaan itu, sebelum Silva pula meluru daripada sudut kiri sebelum meledakkan rembatan yang sekadar ditampan Casillas ke dalam gawang sendiri buat jaringan kedua tuan rumah. Gol ketiga Valencia disumbang Baraja pada minit ke-68. - Reuters
U19s preview: Sporting CP v Arsenal
3 hours ago
No comments:
Post a Comment