Monday, May 11, 2009


KERETA Jarno Trulli dari Toyota berlanggar kereta Sebastien Bourdais dan Sebastien Buemi dari Toro Rosso ketika aksi GP Sepanyol di Litar Catalunya, semalam.



Jenson Button memenangi perlumbaan keempat Formula Satu (F1), semalam dengan menjuarai Grand Prix Sepanyol untuk menewaskan rakan sepasukan, Rubens Barrichello bagi penyudahan 1-2 untuk pasukan Brawn GP.

Strategi dua hentian Button memberi hasil ketika dia menjadi pemenang kesembilan berturut-turut dari petak utama di Circuit de Catalunya, walaupun Barrichello memintasnya pada permulaan.

Hentian tambahan Barrichello membenarkan Button untuk mengejar dengan warga Britain itu menang 13 saat untuk melanjutkan pendahuluan kejohanan ke atas rakan sepasukannya kepada 14 mata selepas lima perlumbaan.

“Saya tidak dapat mempercayai bagaimana saya dapat kalah dalam perlumbaan ini,” kata Barrichello selepas saingan itu. Jelas tiga kali berhenti di pit-stop menjadi puncanya selepas dia mendahului buat satu tempoh yang lama dan tampak seperti akan menuju ke garisan penamat sebagai pemenang.

Button yang kemudian memeluk rakan sepasukanya itu berkata: “Ia sukar tetapi saya gembira dapat memenangi gelaran sekali lagi. Tetapi saya sedih dengan nasib anda (Barrichello).”

Mark Webber berada di tempat ketiga di depan rakan sepasukan Red Bull, Sebastian Vettel, yang ketinggalan Button dengan 18 mata keseluruhan.

Felipe Massa akhirnya menamatkan saingan di tangga keenam - belakang Fernando Alonso dari Renault - tatkala Ferrari kekal tanpa penamat podium bagi tempoh pembukaan musim paling lama sejak 1993.

Button mendahului dengan 41 mata, Barrichello mempunyai 27 dan Vettel 23. - AP

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails