Thursday, January 7, 2010

Mancini mahu rentap ego MU


MANCINI


Roberto Mancini berjanji untuk menurunkan sebuah banting besar di Old Trafford yang memaparkan rekod kekurangan kejayaan dicapai oleh Manchester City.
Pengendali baru City itu yakin tugasnya akan lebih mudah setelah United kini tidak lagi dibarisi Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.
Perhitungan antara dua kelab berjiran itu berlarutan setiap tahun dan mereka kempunan untuk bertemu pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga di Eastlands yang dibatalkan awal pagi tadi akibat cuaca buruk.
Banting yang terdapat di Old Trafford merekodkan jumlah tahun sejak City kali terakhir menjulang trofi yang kini sudah mencecah antara 33 dan 34 tahun.
Namun pengendali dari Itali itu berkata, ini merupakan tahun terakhir United boleh memaparkan banting tersebut kerana mereka akan disingkirkan pada saingan Piala Liga itu nanti.
"Apabila kami bertandang ke Old Trafford nanti, kami akan menurunkan terus banting tersebut. Ini tahun terakhir ia digantung di situ, saya akan pastikan," jelas Mancini.
Tambah Mancini, United kini tidak sama lagi seperti ketika mereka memiliki Ronaldo dan Tevez.
"Tevez dan Ronaldo merupakan dua pemain utama. Normal jika sesebuah pasukan itu merasai kehilangan dua pemain seperti itu," katanya.
Mancini berkata, dia yakin United pasti menyesal kerana tidak mahu mengambil Tevez secara kekal setelah dua musim menggunakan pemain itu secara pinjaman.
"Bagi saya, Tevez salah seorang daripada 10 pemain terbaik di Eropah dan salah seorang terbaik di dunia. Sudah tentu kita perlu keluarkan sedikit wang untuk mendapatkan pemain seperti ini," jelas Mancini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails