Manchester United sudah bersedia untuk menurunkan Mame Biram Diouf dalam saingan Piala Carling selepas pemain muda Senegal itu mendapat permit kerja dan pelepasan tugasan antarabangsa.
Pengurus United, Sir Alex Ferguson agak teruja dengan prestasi pemain berusia 22 tahun itu yang begitu cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Old Trafford dan akan menyerahkan kepada pemain baru United itu jersi bernombor 32 yang sebelum ini pernah digunakan oleh Carlos Tevez.
“Dia dapat menyesuakan diri dengan cepat dalam sesi latihan kami dan nampak meyakinkan,” kata Ferguson. “Dia pantas, sangat bagus di udara dan penyerang yang mempunyai kawalan bola yang baik”.
“Secara keseluruhan, dia merupakan pemain penyerang tengah yang bagus dan dia akan bermain pada separuh musim berikutnya,” tambah Ferguson.
Diouf diikat dari kelab Norway, Molde pada musim panas lalu namun hanya sebagai pemain pinjaman sehingga berakhirnya musim ini.
No comments:
Post a Comment