Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sekali lagi bertegas untuk tidak menjual bintangnya, Cesc Fabregas.
Sebelum ini, timbul spekulasi yang mengatakan Wenger bersedia untuk melepaskan Fabregas pada penghujung musim ini.
Begitupun, Wenger menafikan spekulasi tersebut dan mengesahkan bahawa kapten skuad The Gunners itu tidak akan berhijrah.
"Kami tidak pernah berhasrat untuk menjualnya kerana dia mempunyai kontrak yang panjang bersama kami sehingga tahun 2015," jelas Wenger.
Dua kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat perancang Arsenal dalam usaha memantapkan pasukan masing-masing.
"Spekulasi ini datang dari Sepanyol dan bukan dari sini. Kami tetap dengan pendirian kami sebelum ini.
"Jika suatu hari nanti kami mahu menjual pemain dan kedua-dua kelab itu berminat, mereka boleh menghubungi kami.
"Mereka tidak perlu membuat kenyataan dalam akhbar. Buat masa ini, kami belum bersedia menjual mana-mana pemain kami," tegas Wenger.
No comments:
Post a Comment