Friday, January 1, 2010

Ferguson sambut hari jadi ke-68 penuh bermakna


Wayne Rooney meraikan jaringan ketika menentang Wigan di Old Trafford semalam. United menang 5-0.


Pengurus Alex Ferguson mengakui, beliau meraikan hari ulang tahunnya ke-68 dengan gembira selepas menyaksikan Wayne Rooney menjadi inspirasi kepada kemenangan 5-0 Manchester United ke atas Wigan awal pagi semalam.
Hasil kemenangan besar di Old Trafford itu menyaksikan United kembali mengekori pendahulu Liga Perdana England, Chelsea dengan perbezaan dua mata.
"Saya meraikan hari jadi saya dengan gembira, ia suatu persembahan yang hebat dan saya sangat berpuas hati," kata Ferguson yang genap berusia 68 tahun semalam.
"Saya rasa sepanjang 45 minit babak pertama, kami mempamerkan aksi terbaik musim ini.
"Semua pergerakan berjalan lancar dan tempo permainan juga amat menakjubkan."
Rooney membuka tirai jaringan United dengan meledakkan gol pertama sebelum Michael Carrick dan Rafael Da Silva menjadikan kedudukan 3-0 sebelum tamat babak pertama.
Dimitar Berbatov dan bekas pemain Wigan, Antonio Valencia turut menemui sentuhan apabila menambah dua lagi gol pada babak kedua.

FERGUSON cukup gembira dengan kejayaan United membenam Wigan 5-0 di Old Trafford semalam.


"Rooney beraksi dengan hebat malam ini. Dia menunjukkan kekua- tannya dalam perlawanan dan juga keinginannya untuk menang," tambah Ferguson
"Tetapi pada malam ini, semua pemain bermain dengan bagus. Perbezaan jaringan mungkin menjadi penentu pada hujung musim ini, siapa tahu.
"Saya rasa pada separuh kedua musim ini adalah masa di mana pengalaman akan memainkan pera- nan penting dan kami memiliki- nya.
"Kami memiliki skuad yang hebat dan kekuatan untuk melakukannya. Diharapkan kami mampu mengula- nginya lagi."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails