| |
Ejen Karim Benzema mendakwa Manchester United berminat untuk menandatangani penyerang Lyon itu untuk musim panas ini. Pemain muda Perancis berbakat itu ketika ini dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford dan Real Madrid walaupun Lyon bertegas mahu mengekalkan khidmatnya sebagai aset berharga kelab. Pada Khamis lalu, kelab Ligue 1 itu mengakui bahawa Real pernah bertanya mengenai status Benzema, manakala United pula masih kekal senyap mengenai sasaran perpindahan pemain mereka. Kelab elit Inggeris itu ketika ini sedang meninjau mana-mana pemain berbakat bagi memenuhi kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo yang berpindah ke Santiago Bernabeu. Namun ejen Karim Djaziri menegaskan bahawa Sir Alex Ferguson sudah menunjukkan tanda-tanda berminat dengan kliennya itu supaya Benzema dilepaskan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) di mana Ferguson menyifatkan perpindahannya itu adalah penting untuk masa depan pemain tersebut. "Ferguson mahukan Karim musim panas ini, bagaimanapun bayaran perpindahannya tidak akan melebihi €40 juta (RM198 juta). "Dia baru saja berumur 21 tahun, satu-satunya perpindahan termahal bagi pemain berusia 21 tahun ialah Robinho yang berpindah ke Real Madrid. "Karim tidak boleh melampaui nilai David Villa yang diletakkan melebihi nilai €40 juta euro. Persoalannya ialah bukannya mengenai jika dia menandatangani untuk menyertai satu daripada kelab terbesar tetapi bila?" kata Djaziri kepada Europel. Komen Djaziri itu dibuat tiga hari selepas beliau menegaskan bahawa Benzema tidak akan meninggalkan Stade Gerland untuk sekurang-kurangnya setahun lagi. |
Top training pics before the plane to Portugal
42 minutes ago
No comments:
Post a Comment