Monday, March 1, 2010

United Pertahan Piala Liga

United pertahan Piala Liga



Owen jaringkan gol penyamaan

Gol oleh Michael Owen dan Wayne Rooney memberi juara bertahan Manchester United kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa dalam final Piala Liga (Carling) di Stadium Wembley sebentar tadi.

Aston Villa mendahului selepas hanya lima minit apabila James Milner menyempurnakan sepakan penalti.

Namun, Owen menyamakan kedudukan pada minit ke-12 sebelum Rooney menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-74. - Reuters

P/s.Rooney sekarang heading dia memang power..ni dah 5 kali berturut-turut dah jaringkan gol guna kepala..
Related Posts with Thumbnails