Saturday, February 27, 2010

Man Utd Final teamsheet



Formation:4-5-1

Pemain:Van der Sar,Rafael,Vidic,Evans,Evra,Valencia,Fletcher,Carrick,Scholes,Park,Rooney

Susunan:
                                                          Van der Sar
                                               
         Rafael                                Vidic                 Evans                                         Evra

                                                               Scholes                                   

         Valencia                          Fletcher             Carrick                                        Park                        
                                                                        
         
                                                              Rooney    

Ferdinand terlepas aksi Final

Rio Ferdinand Masih Cedera


Masih mengalami kecederaan belakang
 
Pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand tidak akan beraksi dalam perlawanan akhir Piala Liga menentang Aston Villa, Ahad ini, berikutan kecederaan belakangnya.

Kecederaan Ferdinand turut menghentikan aksinya ketika United menang 3-0 ke atas West Ham dalam saingan liga di Old Trafford, kelmarin dan pengurus Sir Alex Ferguson mengesahkan kapten England itu tidak mampu kembali cergas menjelang perlawanan hujung minggu ini di Stadium Wembley

“Dia terasa belakang badannya dicucuk-cucuk pagi ini (Selasa) ketika kami memanaskan badan di Carrington. Kami tidak boleh mengambil sebarang risiko. Dia tidak akan bermain Ahad ini,” kata Ferguson kepada Sky Sports News.

“Rio juga menjalani latihan dengan bagus. Tiada langsung kemalangan kecil. Tetapi, bila kamu berasa ada tusukan, kamu tidak boleh mengambil risiko.” Bekas bintang Leeds itu hanya dapat beraksi tiga kali sepanjang 2010 kerana kecederaan dan penggantungan.

Kecederaan Ferdinand itu turut membangkitkan keraguan terhadap kemampuannya beraksi dalam perlawanan persahabatan England menentang Mesir di Wembley pada 3 Mac ini, yang juga kemunculan antarabangsa pertama selepas menggantikan John Terry sebagai kapten England.

Ferguson juga akan kehilangan aksi Anderson menjelang pertembungan dengan Villa selepas pemain tengah Brazil itu terhincut-hincut akibat kecederaan serius pada lututnya ketika United menang ke atas West Ham.
Related Posts with Thumbnails